Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | Free Online Libraries | Free Antivirus | Free CAD Software | Free Software | Telegraph TV | About

Advertisement

Your Ad Here

UTeM BMFR Google Search Engine

Custom Search

MELAKA, 30 Julai (Bernama) -- Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Johari Mat telah dilantik sebagai Pro-Canselor pertama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Dr Johari, 64, menerima watikah pelantikannya daripada Yang Dipertua Negeri Melaka yang juga Canselor UTeM, Tun Mohd Khalil Yaakob di pejabat Yang Dipertua Negeri di Ayer Keroh hari ini.

Menurut kenyataan UTeM, majlis itu turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM, Datuk Dr Mohd Taib Hashim dan Naib Canselor UTem, Prof Dr Ahmad Yusoff Hassan.

Dr Johari anak kelahiran Kampung Kelemak, Alor Gajah memperolehi ijazah pertamanya dalam bidang Geografi dari Universiti Malaya sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Pentadbiran Awam serta Perancangan Bandar dan Wilayah di University of Southern California, Los Angeles.

Beliau dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan oleh Universiti Malaya pada 2002 di atas sumbangannya kepada kemajuan pendidikan tinggi di Malaysia.

Beliau telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 33 tahun sejak 1968 dan pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat.

Jawatan lain yang pernah disandang beliau ialah sebagai Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara.

Perkhidmatan Dr Johari di Kementerian Pendidikan meninggalkan beberapa impak yang signifikan terutamanya dari segi penggubalan dan kelulusan beberapa akta berkaitan dasar dan pembangunan pendidikan tinggi di Malaysia.

Antaranya ialah Akta Pendidikan Negara (Pindaan 1996), Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan 1997), Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara (1997) dan Akta Pendidikan Swasta (1997).

Sejak bersara daripada Perkhidmatan Awam, Dr Johari terlibat dengan beberapa syarikat awam dan persendirian yang mempunyai kepentingan dalam bidang pendidikan tinggi, perladangan, perancangan bandar dan wilayah, alam sekitar dan perundingan.

Antara jawatan yang disandang beliau ialah selaku Pengerusi United Plantations Berhad, Pengerusi Edurnonde Sdn Bhd, Pengerusi Airebus Sdn Bhd dan Presiden Cyberjaya University College of Medical Sciences.

-- BERNAMA

0 Comments:

Post a Comment



UTeM BMFR Blog Directories

UTeM BMFR MyBlogLog